Saturday, January 3, 2009

MUKADIMAH

Saya mula mengajar di SK Taman Universiti 1 ini pada 24.7.2000. Pada tahun 2001, saya dilantik sebagai ketua panitia seni visual sehinggalah kini.

Saya adalah guru opsyen Major 1: Pengajian Melayu dan Major 2: Kemahiran Hidup. Saya berlatar belakang teknikal (automotif). Bersekolah di SMV Segamat dalam jurusan automotif. Kemudian Ke Akademi Saga EON untuk kursus lanjutan khas kenderaan produk proton. Berkhidmat selama 4 tahun di Pusat Servis EON 24 Jam Gleanmarry ( dah lupa ejaannya )Shah Alam. Sempat juga ambil kursus luar kampus itm (Diploma Kejuruteraan Mekanikal ). Namun tak sempat habis sebab menerima tawaran ke Maktab Perguruan Kota Bharu, Kelantan.

Pada peringkat awalnya saya menjadi ketua panitia PSV tanpa pengalaman dan pengetahuan kerana saya bukanlah opsyen pendidikan seni. Malah semasa bersekolah dulu, saya tidak mengambil kertas PSV disebab subjek psv tidak ditawarkan di sekolah saya. Saya hanya mengambil kertas Lukisan Geometri dan Automotif.

Namun atas minat saya terhadap PSV ini, saya banyak membuat rujukan sendiri supaya tidak tersalah konsep ketika mengajar dan menguruskan panitia PSV ini.

Pada tahun 2003 dan 2004 saya memohon Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG). Kedua-dua pemohonan saya tersebut gagal atas alasan saya tiada mengambil PSV semasa SPM(V). Pada tahun 2005, saya mengambil satu kertas PSV SPM. saya berjaya memperolehi A1 untuk kertas tersebut.

Pertengahan 2005 hingga pertengahan 2006 saya mengikuti Kursus Sijil Khas Pendidikan Seni (KSPK) Pendidikan Seni Visual di Maktab Perguruan Kuala Terengganu. Di situlah bermulanya penglibatan aktif saya dalam dunia seni tampak ini bermula

Pada bulan 11.2008 saya menerima tawaran mengikuti Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) di IPG kampus Tun Hussein Onn di Batu Pahat. Program ini selama 4 tahun dan akan berakhir pada 2012, insyaallah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...