Thursday, February 4, 2010

PEMILIHAN AHLI ARTGENG 2010

RABU, bertempat di studio seni sktu1, seramai 50 orang murid telah mengikuti ujian pemilihan artgeng bagi sesi 2010. Ujian tersebut telah dikelola oleh cikgu Norazlan.

Murid yang menghadiri ujian tersebut adalah terdiri daripada murid yang tidak bersekolah agama dan juga murid-murid kelas moral. Beberapa ujian telah mereka ikuti untuk menguji kesabaran, ketekunan, ketelitian dan kehalusan.

Terdapat 3 ujian yang pelu mereka ikuti.
1. ujian psikomotor halus.
2. ujian peniruan
3. ujian kepekaan

Hanya seramai 20 hingga 30 orang sahaja yang akan dipilih menjadi artgeng bagi sesi 2010.
Mereka yang terpilih menjadi artgeng tersebut secara automatik akan dipilih mengikuti kelas seni visual sesi 2010.

Kelas Seni Visual 2010 akan diadakan pada setiap hari Rabu dari jam 3.00 petang hingga jam 6.00 petang. Kelas tersebut akan diurus dan dijalankan oleh cikgu Norazlan Ahmad secara percuma.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...