Saturday, January 3, 2009
KEMBARA SENI DAN KRAF
Laman Seni
LAMAN SENI
Laman Seni ini saya bina bersama rakan guru dan tukang kebun sekolah berperingkat-peringkat.
Pada tahun 2004, Laman Seni ini hanya berlantaikan simen dan berbumbungkan jaring hijau. Sekembalinya saya ke SKTU1 ini pada tahun 2006, saya, rakan-rakan guru dan juga tukang kebun sekolah telah bergotong royong membina meja batu, bangku batu dan menggantikan jaring hijau dengan bumbung zink.
SUDUT APRESIASI
2007, Sudut Apresiasi Seni dibina oleh Tukang kebun sekolah, En. Mohd Noor yang kini telah bersara pada tahun 2008.
MUKADIMAH
Saya adalah guru opsyen Major 1: Pengajian Melayu dan Major 2: Kemahiran Hidup. Saya berlatar belakang teknikal (automotif). Bersekolah di SMV Segamat dalam jurusan automotif. Kemudian Ke Akademi Saga EON untuk kursus lanjutan khas kenderaan produk proton. Berkhidmat selama 4 tahun di Pusat Servis EON 24 Jam Gleanmarry ( dah lupa ejaannya )Shah Alam. Sempat juga ambil kursus luar kampus itm (Diploma Kejuruteraan Mekanikal ). Namun tak sempat habis sebab menerima tawaran ke Maktab Perguruan Kota Bharu, Kelantan.
Pada peringkat awalnya saya menjadi ketua panitia PSV tanpa pengalaman dan pengetahuan kerana saya bukanlah opsyen pendidikan seni. Malah semasa bersekolah dulu, saya tidak mengambil kertas PSV disebab subjek psv tidak ditawarkan di sekolah saya. Saya hanya mengambil kertas Lukisan Geometri dan Automotif.
Namun atas minat saya terhadap PSV ini, saya banyak membuat rujukan sendiri supaya tidak tersalah konsep ketika mengajar dan menguruskan panitia PSV ini.
Pada tahun 2003 dan 2004 saya memohon Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG). Kedua-dua pemohonan saya tersebut gagal atas alasan saya tiada mengambil PSV semasa SPM(V). Pada tahun 2005, saya mengambil satu kertas PSV SPM. saya berjaya memperolehi A1 untuk kertas tersebut.
Pertengahan 2005 hingga pertengahan 2006 saya mengikuti Kursus Sijil Khas Pendidikan Seni (KSPK) Pendidikan Seni Visual di Maktab Perguruan Kuala Terengganu. Di situlah bermulanya penglibatan aktif saya dalam dunia seni tampak ini bermula
Pada bulan 11.2008 saya menerima tawaran mengikuti Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) di IPG kampus Tun Hussein Onn di Batu Pahat. Program ini selama 4 tahun dan akan berakhir pada 2012, insyaallah.
PAMERAN PANITIA PSV SKTU 1 2007
PENGENALAN
1. Pengenalan
Panitia Pendidikan Seni Visual adalah salah satu matapelajaran yang diajar di sekolah seperti mana yang dikehendaki oleh Kementerian Pendidikan. Penubuhannya adalah untuk membincang, mengenalpasti bakat yang ada pada murid dan menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dalam pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Seni Visual ini. Di samping itu juga, penubuhan panitia ini adalah untuk mendedahkan penyemakan semula kepada guru-guru berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran matapelajaran ini.
2. Carta Organisasi:
Penaung : Pn. Tumirah bt Jemon
Penasihat : Pn. Hjh. Hamiah (PK 1)
Ketua Panitia : En. Norazlan b Ahmad
Setiausaha : Cik Wahida
Penyelaras:
Tahun 1 :
Tahun 2 :
Tahun 3 :
Tahun 4 :
Tahun 5 :
Tahun 6 :
AJK : Guru-guru Pendidikan Seni Visual Tahap 1 dan 2.
Satu badan rasmi yang dapat menyelaraskan pengajaran Pendidikan Seni Visual. Menentukan dasar dan amalan mengenai Pendidikan Seni Visual itu di peringkat sekolah. Memupuk semangat kerjasama, menggalakkan interaksi, ikhtisas, memberi peluang pertukaran pendapat dan sama-sama mendalami matapelajaran Pendidikan Seni Visual lalu mengadakan saluran perhubungan di antara guru-guru Pendidikan Seni Visual Sesi pagi dan petang.
4. Objektif
- Memupuk semangat kerjasama antara guru.
- Menggalakkan interaksi ikhtisas terutamanya antara guru sesi pagi dan sesi petang.
- Memberi peluang kepada guru-guru Pendidikan Seni visual bertukar-tukar pendapat dan mendalami mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
- Menyediakan saluran perhubungan di antara guru-guru dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual.
5. Perancangan
(A) Rancangan Pelajaran
- Mendapatkan sukatan pelajaran semasa, buku paduan guru untuk digunakan oleh guru-guru Pendidikan Seni Visual.
- Perbincangan bersama guru Pendidikan Seni Visual tentang isi pengajaran yang terdapat dalam sesuatu tajuk.
- Perbincangan bersama guru untuk menyediakan rancangan pengajaran bagi kelas-kelas yang diajar.
- Mengadakan pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran;
- Menentukan taraf kebolehan dan mengekalkan minat murid-murid.
- Mengesan taraf kebolehan dan mengekalkan minat mengatasinya.
- Merancangan aktiviti sepanjang tahun.
(B) Alat dan sumber
- Menggalakkan murid-murid membeli alat-alat Pendidikan Seni sendiri.
- Merancang dan menambah lagi bahan-bahan untuk murid-murid yang benar-benar tidak mampu membelinya.
(C) Penilaian
- Menentukan bentuk penilaian bagi Pendidikan Seni Visual untuk setiap kelas.
- Membina butiran penilaian bagi Pendidikan Seni Visual yang hendak diuji.
- Menjalankan analisis ujian Semester.