Sunday, April 29, 2012

Info Batik di Sekitar Alam Maya.


SUMBER LAIN YANG BOLEH DIRUJUK

1. http://wareyzseni.blogspot.com/2009/08/kraf-batik-identiti-malaysia.html
2. http://www.ayrainspirasian.blogspot.com/
3. http://mhdjack.blogspot.com/2010/09/batik-tulis-khas-madura.html
4. http://senivisualdismkbt.blogspot.com/p/fabrik.html
5. http://rozelleeotakbutan.blogspot.com/2010/10/fine-art-painting.html


Batik berasal dari kata Jawa "amba" yang bermakna menulis, dan "nitik" yang bermakna membuat titik. Batik merujuk kepada kain yang mempunyai corak yang terang dan menarik. Batik terdapat dalam pelbagai bentuk, antaranya adalah batik tulis, batik skrin, batik celup, danbatik terap. Teknik batik telah diketahui lebih seribu tahun, kemungkinannya berasal dari Mesir kuno atau Sumeria. Ia terdapat di beberapa negara di Afrika Barat seperti Cameroon, Mali dan Nigeria; atau di Asia, seperti Bangladesh, India, Indonesia, Iran, Malaysia, Sri Lanka dan Thailand. Batik telah menjadi sebahagian daripada budaya dunia terutama di alam Melayu, dan sejak lama yang merangkumi negara-negara Asia Tenggara.
Batik, sebagai keseluruhan teknik, teknologi, serta pengembangan motif dan budaya yang terkait, oleh UNESCO telah ditetapkan sebagai Warisan Kemanusiaan untuk Budaya Lisan dan Nonbendawi (Masterpieces of the Oral and Intangible Heritage of Humanity) sejak 2 Oktober, 2009.

Perempuan tua Jawa sedang membuat batik piawai
Pada masa kini terdapat corak-corak baru yang dikenali sebagai batik moden bagi memenuhi cita rasa pengguna yang sentiasa berubah-ubah, tetapi batik tradisi turut dihasilkan disamping itu.

Wednesday, April 4, 2012

studio, galeri, dan laman seni sedang dinaik taraf

Masih dalam proses. Setiap hari saya dan pakcik Abdul Majid balik lewat petang untuk menyiapkan kerja-kerja pembinaan. Rakan guru seni lainnya pun sibuk membantu menyediakan bahan-bahan yang akan dipenuhkan di studio dan laman seni.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, January 4, 2012

Thursday, June 23, 2011

Pertandingan membina papan tanda dari plaster tahap 2

 BINA BEKAS ACUAN MENGGUNAKAN KOTAK YANG DIBUAT DARI MOUNTING BOARD. SAIZNYA IALAH SAIZ A4


 ISIKAN PLASTISIN DALAM KOTAK DAN RATAKANYA.

 GUNAKAN APA-APA SAHAJA ALAT YANG SESUAI UNTUK MENULIS NILAI MURNI.

 LUKIS CORAK JIDAR YANG MENARIK.


BANCUH PLASTER TIDAK TERLALU CAIR DAN TIDAK TERLALU LIKAT.
BIARKAN ACUAN PLASTER SELAMA 1/2 JAM. SETELAH PLASTER BETUL-BETUL KERAS, BUKA ACUAN
SETELAH ITU GUNA CAT POSTER DAN WARNAKANNYA DENGAN MENARIK.
SETELAH CAT KERING, SEMBUR DENGAN SPRAY 'CLEAR' UNTUK MATIKAN WARNA. 

Wednesday, June 1, 2011

PERANCANGAN ARTGENG JB UNTUK BULAN JULAI.

KAMI MERANCANG UNTUK MENGANJURKAN AKTIVITI DI UMALL PADA 2 DAN 3 JULAI 2011. PERINCIANNYA AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN.

Saturday, April 9, 2011

artgeng di UTM UTMMostimigination ARTBAZAAR@PSZ )23-27/3/2011


kami artgeng generasi baru pewaris dunia seni rupa negara. mentor kami di johor ialah Persatuan Seni Lukis & Reka Cipta Johor (SERUPA)

Pada 26 Mac 2011, kami Artgeng telah menjalankan aktiviti di Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM, Skudai. Selain mempamerkan karya seni, kami juga membuat  demo seni kepada umum. Selain itu kami membuat bengkel seni kepada khalayak yang hadir. konsep kami ialah ' anda bayar, kami ajar, anda buat dan anda bawa balik'.

Kami juga diraikan oleh pihak UTM dengan memberi peluang kepada kami bertemu dan beramah mesra dengan karyawan tamu UTM iaitu Dato' Lat. Dato' Lat berkongsi pengalamannya dengan menceritakan isi kandungan buku komik 'kampung boy'nya. kami juga mengambil peluang untuk mendapatkan tandatangannya sebagai tanda ingatan.

Terima kasih PSZ
Terima kasih UTM
Terima kasih Dato Lat
Terima kasih SERUPA

                          

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...