Saturday, January 3, 2009

PENGENALAN

Blog ini disediakan untuk Panitia Pendidikan Seni Visual Sk. Taman Universiti 1. Semoga Blog ini akan memberi manfaat kepada Warga SKTU 1 dan negara. Insyaallah

1. Pengenalan

Panitia Pendidikan Seni Visual adalah salah satu matapelajaran yang diajar di sekolah seperti mana yang dikehendaki oleh Kementerian Pendidikan. Penubuhannya adalah untuk membincang, mengenalpasti bakat yang ada pada murid dan menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dalam pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Seni Visual ini. Di samping itu juga, penubuhan panitia ini adalah untuk mendedahkan penyemakan semula kepada guru-guru berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran matapelajaran ini.

2. Carta Organisasi:

Penaung : Pn. Tumirah bt Jemon
Penasihat : Pn. Hjh. Hamiah (PK 1)
Ketua Panitia : En. Norazlan b Ahmad
Setiausaha : Cik Wahida
Penyelaras:
Tahun 1 :
Tahun 2 :
Tahun 3 :
Tahun 4 :
Tahun 5 :
Tahun 6 :
AJK : Guru-guru Pendidikan Seni Visual Tahap 1 dan 2.

3. Peranan

  1. Satu badan rasmi yang dapat menyelaraskan pengajaran Pendidikan Seni Visual.
  2. Menentukan dasar dan amalan mengenai Pendidikan Seni Visual itu di peringkat sekolah.
  3. Memupuk semangat kerjasama, menggalakkan interaksi, ikhtisas, memberi peluang pertukaran pendapat dan sama-sama mendalami matapelajaran Pendidikan Seni Visual lalu mengadakan saluran perhubungan di antara guru-guru Pendidikan Seni Visual Sesi pagi dan petang.

4. Objektif

  1. Memupuk semangat kerjasama antara guru.
  2. Menggalakkan interaksi ikhtisas terutamanya antara guru sesi pagi dan sesi petang.
  3. Memberi peluang kepada guru-guru Pendidikan Seni visual bertukar-tukar pendapat dan mendalami mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
  4. Menyediakan saluran perhubungan di antara guru-guru dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual.

5. Perancangan

(A) Rancangan Pelajaran

  1. Mendapatkan sukatan pelajaran semasa, buku paduan guru untuk digunakan oleh guru-guru Pendidikan Seni Visual.
  2. Perbincangan bersama guru Pendidikan Seni Visual tentang isi pengajaran yang terdapat dalam sesuatu tajuk.
  3. Perbincangan bersama guru untuk menyediakan rancangan pengajaran bagi kelas-kelas yang diajar.
  4. Mengadakan pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran;
  • Menentukan taraf kebolehan dan mengekalkan minat murid-murid.
  • Mengesan taraf kebolehan dan mengekalkan minat mengatasinya.
  • Merancangan aktiviti sepanjang tahun.

(B) Alat dan sumber

  • Menggalakkan murid-murid membeli alat-alat Pendidikan Seni sendiri.
  • Merancang dan menambah lagi bahan-bahan untuk murid-murid yang benar-benar tidak mampu membelinya.

(C) Penilaian

  • Menentukan bentuk penilaian bagi Pendidikan Seni Visual untuk setiap kelas.
  • Membina butiran penilaian bagi Pendidikan Seni Visual yang hendak diuji.
  • Menjalankan analisis ujian Semester.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...