- Pada hari tersebut, cikgu Norazlan telah membawa murid seramai 30 ke Jusco Tebrau.
- Kami menaiki bas ke Jusco tebrau tersebut.
- kami bertolak pada jam 8.00pagi.
- sesampai di sana, kami disambut oleh pengusaha kraftangan.
- sementara menunggu persiapan oleh pegawai Kraftangan Malaysia cawangan Johor, kami melihat-lihat kraftangan yang telah siap dibuat dan untuk dijual.
- Antara barang kraf yang kami lihat ialah batik tulis, ukiran kayu, hiasan manik, dan banyak lagi.
- kira-kira jam 10.00 pagi segala persiapan telah tersedia.
- kami memulakan aktiviti denga penerangan oleh tenaga pengajar cara-cara mewarna batik
- Setelah kami faham, kami memulakan aktiviti mewarna.
- lebih kurang jam 11.30 pagi, kami selesai mewarna batik tersebut.
- Hasil warna kami itu diberi oleh pihak pengurusan untuk dibawa pulang.
- Setelah makan tengahari yang ditaja oleh Kraftangan malaysia, kami pulang semula sekolah.
- Tepat jam 1.00 petang kami sampai ke sekolah. Kami sempat pulang bersama rakan-rakan lain pada jam 1.10 petang.
- Kami merasa sangat seronok pada hari tersebut.
Monday, July 27, 2009
Mewarna Batik di Jusco Tebrau city. Anjuran Kraftangan Malaysia (Johor)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment