Pameran ini adalah pameran 10 orang murid tahun 3, 4 dan 5 SK Taman Universiti 1, Johor Bahru.
Pameran akan diadakan di Galeri Seni SKTU1.
Saya percaya ini adalah pameran yang julung kalinya diadakan untuk murid sekolah rendah yang diadakan khas dengan membuat sesi apresiasi karyanya bersama-sama ibu bapa..
Pameran ini sebolehnya saya ikut format pameran di galeri-galeri yang sedia ada. Tujuan saya ialah untuk membuka minda ibu bapa tentang pentingnya menghargai hasil kreativiti kanak-kanak ini. Saya bukan bertujuan hendak melahirkan pelukis tetapi saya mahu membuka ruang dan peluang kepada murid mengenal potensi diri. Selain itu ianya juga bertujuan supaya otak kanan kanak-kanak ini juga aktif seiring dengan otak kirinya
No comments:
Post a Comment